|
|
|
|
Maklumat Untuk Staf
Urusan Pembayaran Gaji, Elaun Kerja Lebih Masa dan Potongan
Maklumat mengenai jadual pembayaran gaji staf pada setiap bulan boleh dirujuk pada Jadual Pembayaran Gaji Bulanan.
Cetakan Penyata Gaji, Borang EC dan tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa boleh dibuat secara online melalui MyUPSI Portal. Garis panduan bagi melengkapkan borang-borang berkenaan boleh juga didapati di dalam Portal.
Pembayaran zakat boleh dibuat dengan mengisi dan melengkapkan Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji. Untuk makluman, pihak UPSI telah memeterai perjanjian bersama Jabatan Agama Islam Perak bagi pembayaran zakat melalui potongan gaji.
Pencaruman simpanan tabung haji melalui potongan gaji boleh juga dibuat dengan mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran Untuk Membuat Potongan Gaji Bulanan yang boleh didapati di pejabat Lembaga Urusan Tabung Haji dan di kaunter Unit Gaji, Cuti Belajar dan Ticketing, Jabatan Bendahari.
Selain daripada itu, tuan/puan boleh membuat urusan tempahan tiket kapal terbang sama ada untuk tujuan menyambung pengajian, berkursus atau bertugas rasmi dengan memuat turun Borang Tempahan Tiket Kapal Terbang. Walau bagaimanapun sekiranya tuan/puan ingin menyemak permohonan tuntutan elaun perpindahan rumah, ianya perlu dirujuk kepada Unit Perkhidmatan, Bahagian Sumber Manusia.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada Unit Gaji, Cuti Belajar dan Ticketing dan segala borang berkaitan boleh dimuat turun di sini (Borang-borang Unit Gaji, Cuti Belajar dan Ticketing).
Urusan Pembayaran Pendahuluan dan Tuntutan
Sekiranya tuan/puan ingin memohon pendahuluan diri atau tuntutan perjalanan, anda boleh mengemukakan permohonan pendahuluan perjalanan atau pelbagai secara online melalui MyUPSI Portal. Garis panduan bagi melengkapkan borang-borang berkenaan boleh juga didapati di dalam Portal. Tuan/puan boleh menyemak status pembayaran melalui MyUPSI Portal. Sekiranya pembayaran dibuat dalam bentuk cek, tuan/puan perlu mengambil cek tersebut di kaunter Pejabat Am Bendahari.
Untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan tuan/puan, sila rujuk kepada Unit Pembayaran dan segala borang yang berkaitan boleh dimuat turun di sini (Borang Unit Pembayaran)
Urusan Akaun Amanah, Penyelidikan dan Pinjaman Staf
Permohonan pinjaman kenderaan dan komputer staf boleh dibuat secara online melalui MyUPSI Portal. Garis panduan bagi melengkapkan borang-borang berkenaan boleh juga didapati di dalam Portal.
Untuk maklumat lanjut mengenai urusan Akaun Amanah atau Penyelidikan boleh dirujuk kepada Unit Kumpulan Wang dan Pinjaman dan segala borang berkaitan boleh dimuat turun di sini (Borang-borang Unit Kumpulan Wang dan Pinjaman). |









