|
|
|
|
URUSAN KEWANGAN PELAJAR
Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pembayaran yuran pengajian bagi semua pelajar UPSI boleh dibuat seperti berikut:
Penyata Kewangan Pelajar Online
Bermula pada sesi Julai 2008/2009 pihak Jabatan Bendahari tidak lagi mengeluarkan Penyata Kewangan Pelajar. Pelajar boleh menyemak maklumat yuran pengajian dan tunggakan yuran di penyata kewangan pelajar secara online di MyUPSI portal. Sila klik untuk keterangan lanjut.
Kadar Baru Yuran Konvokesyen
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK) Kali ke-40, Bil. 4/2009 telah meluluskan kenaikan yuran konvokesyen daripada RM80.00 kepada RM100.00 berkuatkuasa mulai Istiadat Konvokesyen Kali Ke-12 Sidang Pertama bulan Mac 2010.
Nombor Akaun Bank Islam Pelajar
Semua pelajar UPSI wajib mempunyai akaun Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan dan melancarkan proses pembayaran kepada semua pelajar. Anda semua diminta mengemaskini nombor akaun di MyUPSI Portal dan menyerahkan satu salinan nombor akaun di kaunter Unit Kewangan Pelajar dan Kolej. Sila klik untuk maklumat lanjut.
Bantuan Kewangan
Terdapat pelbagai tabung dan bantuan untuk membantu pelajar UPSI yang menghadapi kesulitan serta pelajar-pelajar yang datang daripada golongan susah. Pelajar boleh memohon bantuan kewangan daripada tabung –tabung yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan juga bantuan zakat daripada Pusat Islam.
Pelajar boleh memohon bantuan dari tabung-tabung yang diuruskan oleh JHEPA seperti:-
Untuk maklumat lanjut layari laman web JHEPA
Pusat Islam pula menyediakan bantuan zakat kepada pelajar yang layak. Permohonan bantuan zakat tersebut boleh dibuat secara online diportal pelajar. Untuk mengetahui maklumat lanjut layari laman web Pusat Islam.
Dasar Baru Penahanan Pelajar Yang Berhutang Daripada Mendaftar Semester Secara Online
Adalah dimaklumkan pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah meluluskan dasar penahanan pelajar yang berhutang daripada mendaftar semester secara online pada Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Bil. 24/2009. Pelaksanaan bagi menghalang pelajar daripada pendaftaran semester ini akan berkuatkuasa mulai semester Julai 2010/2011. <Maklumat Lanjut >
Elaun Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Merujuk kepada surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pembayaran elaun program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah sama kepada semua pelatih. Sila klik untuk keterangan lanjut.
|









