|
|
|
|
Separuh daripada jumlah bayaran zakat bulanan yang dikumpul akan dikembalikan kepada UPSI untuk diagihkan kepada empat (4) Asnaf yang layak iaitu :
Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat mengalu-alukan staf UPSI yang beragama Islam untuk membayar zakat melalui potongan gaji dan mereka akan diberi pilihan bagi pelepasan cukai daripada Potongan Cukai Berjadual, Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Staf yang ingin membuat bayaran zakat melalui potongan gaji boleh mendapatkan borang Skim Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji MAIP di Kaunter Perkhidmatan Pejabat Am Bendahari, Tingkat 1, Bangunan Canselori.
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji ke Mekah. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah
SYARAT-SYARAT WAJIB
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 3,700 (bergantung kepada harga semasa emas). Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja
DALIL WAJIB ZAKAT
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." (Surah at-Taubah, ayat 103)
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat." (Surah An-Nur, ayat 56)
وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ لاَ تَعْبُدُونَ إِلاَّ اللّهَ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً وَذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَقُولُواْ لِلنَّاسِ حُسْناً وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنكُمْ وَأَنتُم مِّعْرِضُونَ
"Dan (ingatlah wahai Muhammad s.a.w), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." (Surah Al-Baqarah , ayat 83)
JENIS-JENIS ZAKAT 2) Perniagaan 3) Simpanan 4) Saham 5) KWSP 6) Emas 7) Perak 8) Pertanian 9) Ternakan 10) Harta
PENGIRAAN ZAKAT
Terdapat dua kaedah pengiraan zakat pendapatan:
Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun (pendapatan kasar setahun hendaklah sama atau melebihi kadar nisab). Contoh : Jika pendapatan kasar setahun ialah RM100,000 maka zakat yang perlu dibayar adalah 2.5% x RM100,000 = RM2,500 setahun. Membayar 2.5% atas pendapatan (setelah ditolak dengan perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan).
:: Untuk mengira zakat pendapatan, sila klik KALKULATOR ZAKAT di sini - Ikhsan Lembaga Zakat Perak (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak)
Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji - Jabatan Bendahari UPSI |









