|
|
|
|
Elaun Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
Merujuk kepada surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pembayaran elaun program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah sama kepada semua pelatih seperti pembayaran tahun-tahun sebelumnya berpandukan surat BPG rujukan KP(BPG)9606/1/Jld.11(4) bertarikh 25 April 2007para 3 surat tersebut iaitu :
17hari (31 hari - 15 hari ) x 1,336.71 = 733.03 31hari
Pembayaran elaun dibuat berdasarkan senarai nama pelatih yang telah lengkap menghantar borang perjanjian ke BPG.
Pihak Jabatan Bendahari telah membuat pembayaran elaun bagi pelajar DPLI sesi Julai 2009 bagi bulan Julai dan Ogos sebanyak RM 2,630.30. Pembayaran Elaun yang dibuat bagi 2 bulan tersebut kurang RM 43.12 kerana pelatih mendaftar di UPSI pada 2 Julai dan tempoh pengajian tersebut tidak cukup sebulan. Jadi pemgiraan elaun adalah berdasarkan perkara empat surat KPM seperti di atas.
Bagi Universiti-universiti lain yang mana pelatih DPLI mendapat bayaran penuh bagi elaun bulan Julai adalah disebabkan tarikh pelatih mendaftar di Universiti tersebut adalah pada 28 Jun 2009. Jadi pelatih di Universiti tersebut layak mendapat elaun penuh bulan Julai dan tidak layak mendapat elaun bagi 3 hari dalam bulan Jun.
|









