Unit Aset, Stor dan Pembangunan

ASET

 

1.  Apakah perbezaan di antara Aset Tetap dan  Inventori?  

Perbezaan antara Aset Tetap dan Inventori adalah seperti berikut: 

 ASET TETAP 

  1. Harta kepunyaan Universiti yang tidak luak
  2. Harga seunit RM3,0000.00 atau lebih pada masa pembelian
  3. Memerlukan penyelenggaraan secara berjadual

INVENTORI 

  1. Peralatan kepunyaan Universiti yang tidak luak
  2. Harga seunit kurang daripada RM3,000.00 pada masa pembelian
  3. Memerlukan penyelenggaraan tetapi tidak berjadual

 

2.  Berapa lamakah masa yang perlu diambil oleh setiap PTj dalam proses melengkapkan Nota Terimaan Bekalan (GRN)?  

Mengikut Pekeliling Bendahari Bil.1/2009, proses melengkapkan GRN perlu diselesaikan oleh PTj dalam tempoh dua (2) hari bekerja daripada tarikh barang diterima

 

STOK

 

3.  Apakah perbezaan di antara stor dan stok?

Stor 

Stor adalah tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. 

Stok 

Stok bermaksud barang-barang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau penyelenggaraan termasuk bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti, keselamatan , makmal, bengkel, dapur, sukan, pertanian, latihan, penyiaran, domestik, dokumen atau buku yang dikawal dan sebagainya

 

4.  Bagaimanakah cara untuk menentukan kumpulan stok? 

Pengurus stok di PTj hendaklah membahagikan stok bagi barang-barang standard seperti berikut:-

  1. Kumpulan A mengandungi 30% daripada stok yang disimpan dan mempunyai nilai pembelian  tahunan tertinggi
  2. Kumpulan B mengandungi 70% bakinya 

PELUPUSAN

  

5.  Apakah tugas-tugas Ahli Lembaga Pemeriksa? 

Tugas- tugas Ahli Lembaga Pemeriksa adalah seperti berikut:   

  1. Memeriksa aset/inventori barang yang hendak dilupuskan
  2. Menyediakan Laporan Lembaga Pemeriksa dengan menggunakan Borang KEW.PA-17
  3. Mengesyorkan cara-cara pelupusan yang sesuai 

6.  Apakah kriteria-kriteria yang membolehkan sesuatu aset itu dilupuskan? 

  1. Tidak ekonomi untuk dibaiki
  2. Usang
  3. Rosak dan tidak boleh digunakan
  4. Mencapai tarikh luput tempoh penggunaan
  5. Perubahan teknologi
  6. Melebihi keperluan
  7. lain-lain sebab yang bersesuaian 

PEMBANGUNAN

 

 

7.   Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses bayaran bagi projek-projek pembangunan? 

Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh dokumen yang lengkap diterima dan telah diperakui oleh Juru Ukur Bahan serta Pengarah Jabatan Pembangunan dan Harta Benda.

 

8.    Berapakah jumlah bayaran pendahuluan yang boleh dituntut oleh kontraktor kerja? 

Kadarnya adalah mengikut mana yang lebih rendah seperti berikut: 

 JENIS KONTRAKTOR 

JUMLAH PENDAHULUAN

Kontraktor Utama

 

25% daripada nilai kerja pembina atau maksimum RM10 juta 

Nominated Sub Contractor (NSC)

 

20% daripada nilai pakej kerja atau maksimum RM5 juta 

 

Pengguna Atas Talian

We have 13 guests and no members online

Maklumbalas Pelanggan

Kami menghargai cadangan dan aduan daripada anda:

Muhasabah