Bahasa MelayuEnglish

Laman Sosial UPSI

PORTAL RASMI PEMENANG ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN KEWANGAN TERBAIK NEGERI PERAK 2008 Pengenalan Dari Meja Bendahari
PDF Cetak E-mail

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas kejayaan Jabatan Bendahari membangunkan laman web baru Jabatan ini. Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara Jabatan Bendahari dan para pelanggan.

 

Tujuan laman web ini diwujudkan adalah sebagai medium rujukan pelanggan mengenai perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Bendahari UPSI. Ini adalah sejajar dengan visi Jabatan untuk menjadi peneraju pengurusan kewangan Universiti yang bitara serta memberi perkhidmatan kewangan dan perakaunan terunggul dalam merealisasikan visi dan misi Universiti.

 

Jabatan Bendahari menyediakan perkhidmatan kewangan untuk pelanggan yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan pembekal. Kami beriltizam untuk menjadi sebuah jabatan yang bitara dan cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan Universiti secara berterusan dan berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

 

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini, kakitangan Jabatan Bendahari turut mempunyai kompetensi yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan ICT. Sebagai bukti, laman web ini dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman kakitangan Jabatan Bendahari dan telah beberapa kali menjadi Johan Pertandingan Laman Web UPSI iaitu pada tahun 2002, 2003 dan 2007. Jabatan Bendahari turut memperkenalkan banyak inovasi dengan melaksanakan pengurusan kewangan secara online melalui Sistem Kewangan UIMS-FIS meliputi keseluruhan proses kewangan.

 

Hasilnya, Jabatan Bendahari telah dinobatkan tempat pertama dalam Pertandingan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Terbaik Tahun 2008 Peringkat Negeri Perak dan tempat kedua dalam Pertandingan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (Kategori Perubahan Prosedur) Tahun 2009 Peringkat Negeri Perak. Tiga (3) inovasi yang diperkenalkan oleh Jabatan Bendahari UPSI turut diminta oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri iaitu pengurusan panjar wang runcit secara online, tuntutan elaun lebih masa secara online dan tuntutan perjalanan/pelbagai secara online.

 

Jabatan Bendahari akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan memperkenalkan lebih banyak inovasi untuk memudahkan urusan mereka. Pihak kami amat mengharapkan maklumbalas berguna daripada para pelanggan berhubung perkhidmatan yang diberikan. Tuan/puan boleh memberi maklumbalas berkenaan mutu perkhidmatan kami secara online pada ruangan Aduan/Cadangan di laman web ini. Input yang diberikan akan diambil kira untuk menambahbaik perkhidmatan kami.

 

Akhir kata, Jabatan Bendahari akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Saya berharap warga Jabatan Bendahari dapat memberikan komitmen yang berterusan bagi memastikan Jabatan Bendahari akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam meningkatkan tahap kualiti pengurusan kewangan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.


Sekian.

 

“BERINTEGRITI AMALAN KITA”

 

Hajah Khadijah binti Hamdan

Bendahari UPSI

 

Font Size Changer

Maklumbalas Pelanggan

Kami menghargai cadangan dan aduan daripada anda:
Klik Sini Untuk Aduan

Muhasabah

Pautan


MOF MOHE mia

MyGov IPT





Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: web host cpanel hosting Valid XHTML and CSS.