Mengurus dengan efisyen segala urusan permohonan dan pengagihan bajet mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu menghantar format permohonan bajet (ABM dan ABP) kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebelum/pada 31 Mac setiap dua tahun dan mengagihkan bajet yang telah diluluskan Kerajaan oleh Jawatankuasa Bajet UPSI kepada setiap PTj sebelum/pada 31 Disember setiap tahun.
PEROLEHAN
Memastikan pengurusan proses perolehan diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan serta mematuhi tempoh yang ditetapkan seperti berikut:-
Proses tender diselesaikan dalamĀ tempoh 90 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima sehingga pengeluaran surat setuju terima.
Proses sebutharga rasmi diselesaikan dalam tempoh 80 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima sehingga pengeluaran surat setuju terima.
Proses sebutharga kecil diselesaikan dalam tempoh 20 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima sehingga pesann belian dikeluarkan.
Proses penyediaan Pesanan Belian diselesaikan dalam tempoh 7 hari selepas permohonan yang lengkap diterima.
PEMBAYARAN
96% daripada permohonan tuntutan bayaran staf/pembekal diselesaikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran yang lengkap diterima.
98% daripada permohonan bayaran pendahuluan diri/ pinjaman diselesaikan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran yang lengkap diterima.
KEPUASAN PELANGGAN
80% pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Bendahari berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
LATIHAN
100% kakitangan Jabatan Bendahari perlu memenuhi 42 jam kredit mata CPD.