Bahasa MelayuEnglish

Laman Sosial UPSI

PORTAL RASMI PEMENANG ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN KEWANGAN TERBAIK NEGERI PERAK 2008 Soalan Lazim Unit Akaun, MIS & Bajet
Unit Akaun, MIS & Bajet PDF Cetak E-mail

1.   Bilakah Anggaran Bajet Mengurus (ABM) disediakan?

Anggaran Bajet Mengurus (ABM) disediakan setiap dua tahun sekali. ABM sebelum ini telah disediakan dan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seperti berikut: 

ABM 2006 & 2007 - Penghantaran sebelum 31 Mac 2005

ABM 2008 & 2009 - Penghantaran sebelum 31 Mac 2007

ABM 2010 & 2011 - Penghantaran sebelum 31 Mac 2009

                                                                                             

2.   Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk membuat sebarang bayaran kepada pihak UPSI?

Wang tunai, cek syarikat, wang pos, kiriman wang, kad kredit, deraf bank dan pindahan telegrafik, bankers cheque dan giro antara bank (MEPS IBG).

 

3.   Bagaimanakah cara kutipan hasil/wang dibuat oleh PTj?

Kutipan dibuat melalui sistem UIMS-FIS, buku resit (manual) dan resit berkupon (cth: pelekat kenderaan).

  

4.   Apakah tindakan yang perlu diambil oleh penerima cek setelah mendapati cek yang diterima telah rosak, tamat tempoh atau terdapat kesilapan?

Penerima cek hendaklah memaklumkan perkara tersebut secara bertulis kepada Jabatan Bendahari serta melampirkan cek tersebut bagi tujuan penggantian dengan cek yang baru. Penerima cek juga dinasihatkan untuk memberikan nombor akaun bank dengan mengemukakan salinan buku bank supaya bayaran dapat dibuat melalui pemindahan deposit secara elektronik yang dikenali sebagai Electronic Funds Transfer (EFT).

 

5.   Jika cek hilang atau tidak diterima, apakah tindakan yang harus dilakukan oleh penerima cek?

Penerima cek hendaklah memaklumkan kepada Jabatan Bendahari secara bertulis serta memberikan nombor akaun bank dengan cara mengemukakan salinan buku bank bagi tujuan pemindahan deposit secara elektronik (EFT).

 

Font Size Changer

Maklumbalas Pelanggan

Kami menghargai cadangan dan aduan daripada anda:
Klik Sini Untuk Aduan

Muhasabah

Pautan


MOF MOHE mia

MyGov IPT





Dijanakan oleh Joomla!. Designed by: web host cpanel hosting Valid XHTML and CSS.