|
|
|
|
1. Bagaimanakah kakitangan boleh mendapatkan slip gaji dan Borang EC bagi tujuan permohonan pinjaman dan cukai pendapatan? Slip gaji dan borang EC kakitangan kini boleh diperoleh daripada MyUPSI Portal di http://myupsi.upsi.edu.my/
2. Bilakah tarikh akhir bagi kakitangan yang ingin membuat tuntutan bayaran kerja lebih masa menghantar tuntutan mereka ke Jabatan Bendahari? Tuntutan kerja lebih masa hendaklah dihantar ke Jabatan Bendahari selewat-lewatnya pada 10hb bulan berikutnya. Kakitangan hendaklah memastikan tuntutan bayaran tersebut telah diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing iaitu pada borang tuntutan serta kelulusan di dalam Sistem UIMS-FIS sebelum ia dihantar bersama-sama dokumen sokongan yang lain iaitu arahan kerja serta laporan kehadiran staf. Bagi tuntutan kerja lebih masa yang melebihi 1/3 daripada gaji pokok kakitangan, ia hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Pendaftar sebelum dikemukakan ke Jabatan Bendahari.
3. Bilakah elaun cuti belajar dibayar kepada kakitangan yang terlibat? Bayaran elaun bagi kakitangan yang sedang cuti belajar akan dibayar selewat-lewatnya pada 25hb pada setiap suku tahun iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.
4. Bagaimanakah PTj boleh mendapatkan maklumat mengenai agen yang dilantik serta kadar tambang bagi penerbangan ke luar Negara? Maklumat berkenaan agen yang dilantik serta kadar tambang bagi tiket kapal terbang ke luar Negara boleh dirujuk pada Pekeliling Bendahari Bil. 9/2010 yang telah pun diedarkan kepada semua PTj dan ia juga boleh didapati di laman web Jabatan Bendahari di http://bendahari.upsi.edu.my/ |


Unit Gaji, Cuti Belajar & Tiketing






