|
|
|
|
1. Apakah itu Akaun Amanah dan Surat Arahan Akaun Amanah? Akaun Amanah ialah akaun yang diwujudkan bagi wang dan harta yang diterima daripada pihak-pihak tertentu tertakluk kepada maksud Akaun Amanah dan digunakan mengikut terma-terma amanah. Perbelanjaannya adalah mengikut baki tunai terkini
Surat Arahan Akaun Amanah ialah arahan bagi Akaun Amanah yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) atau Bendahari Universiti.
2. Berapakah pemegang amanah yang diperlukan bagi sesebuah akaun amanah? Tiga pemegang amanah yang merupakan kakitangan UPSI diperlukan bagi sesebuah Akaun Amanah seperti berikut : a) Pengerusi b) Setiausaha c) Bendahari
3. Bagaimana untuk mengetahui permohonan penubuhan Akaun Amanah telah berjaya? Setelah Akaun Amanah telah berjaya didaftarkan oleh pihak Jabatan Bendahari, satu Kod Projek yang digunakan sebagai ID akan dimaklumkan kepada para pemegang amanah.
4. Bagaimana untuk memohon pinjaman komputer atau kenderaan Universiti dan apakah dokumen yang diperlukan? Permohonan adalah melalui MyUPSI Portal dan borang diisi & dihantar secara online. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah: a) Salinan kad pengenalan pemohon b) Salinan penyata gaji terkini pemohon c) Sebutharga komputer atau kenderaan d) Salinan kad pengenalan penjamin e) Salinan penyata gaji terkini penjamin f) Salinan surat pengesahan jawatan penjamin
5. Berapakah bilangan penjamin yang diperlukan bagi pinjaman komputer dan kenderaan? Bagi pinjaman komputer bilangan penjamin yg diperlukan adalah seorang sahaja manakala bagi pinjaman kenderaan memerlukan dua orang penjamin.
6. Berapakah had maksimum bagi pinjaman kenderaan? a) Bagi pegawai Kumpulan Sokongan gred 1 hingga 40 sebanyak RM 55,000.00. b) Bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional gred 41 hingga 54 sebanyak RM 65,0000.00. c) Bagi pegawai Jawatan-jawatan Utama dan Gred Khas sebanyak RM 70,000.00. |


Unit Kumpulan Wang & Pinjaman






