Achievement2011 Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara Tahun 2010-Penarafan Penuh (4 Bintang)
UPSI Raih Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan
Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara Tahun 2010
Nilai – 27 September 2011
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sembilan lagi badan berkanun telah terpilih di kalangan semua Badan Berkanun Persekutuan di Malaysia untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara kerana mendapat penarafan penuh 4 bintang bagi pengauditan Penyata Kewangan 2010.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara(KSN), Y. Bhg Tan Sri Mohd Sidek bin Hj Hassan semasa majlis Hari Audit Se-Malaysia 2011 yAng berlangsung di Akademi Audit Negara, Nilai, Negeri Sembilan. Anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Hajah Khadijah binti Hamdan, Bendahari UPSI mewakili Naib Canselor UPSI.
Anugerah Indeks Akauntabiliti ini telah diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara pada tahun 2007 bagi mentransformasikan pengurusan kewangan kementerian, jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri serta meningkatkan persepsi awam terhadap peranan Jabatan Audit Negara dalam memantapkan akauntabiliti awam. Melalui penarafan ini setiap agensi Kerajaan yang diaudit akan diberikan indeks seperti berikut:-
Kurang Memuaskan
Memuaskan
Baik
Cemerlang
Senarai penuh Badan Berkanun Persekutuan yang berjaya mendapat penarafan 4 bintang dan memperolehi Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2010 adalah seperti berikut:-
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA)
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
UniversitI Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Semoga kejayaan ini meningkatkan lagi motivasi semua pihak di UPSI amnya dan kakitangan Jabatan Bendahari khususnya untuk bekerja lebih gigih meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan di UPSI.