|
|
|
|
Maklumat Untuk Vendor
UPSI telah memperkenalkan pendaftaran pembekal secara online melalui Vendor@UPSI Portal. Portal ini membolehkan para pembekal membuat pendaftaran, menyemak tawaran perolehan dan status pembayaran secara online. Untuk mengetahui cara-cara pendaftaran pembekal secara online, sila klik di sini.
Para pembekal boleh menyemak tawaran perolehan yang sedang berkuatkuasa di UPSI di laman web Jabatan Bendahari. Tawaran Perolehan tersebut merangkumi tender, sebutharga rasmi dan sebutharga kecil. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
Bagi memudahkan para pembekal menyemak Laporan Pembukaan Tender / Sebutharga Rasmi / Sebutharga Kecil, pihak Jabatan Bendahari mengambil inisiatif memaparkan maklumat tersebut di laman web Jabatan Bendahari. Keputusan bagi Tender / Sebutharga Rasmi / Sebutharga Kecil boleh disemak hanya selepas tawaran disetujuterima oleh vendor. Untuk maklumat lanjut, sila klik; a) Tender b) Sebutharga
Bagi para pembekal yang telah membuat pendaftaran Vendor@UPSI Portal secara online, mereka boleh menyemak status bayaran yang dibuat oleh pihak UPSI melalui portal tersebut. Kemudahan ini memudahkan para pembekal membuat semakan bayaran sendiri tanpa menghubungi pihak Jabatan Bendahari UPSI. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.
|









