Urusan Kewangan Pelajar

Kategori induk: Maklumat Kategori: Maklumat Untuk Pelajar Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 Ditulis oleh Super User

Urusan Kewangan Pelajar

URUSAN KEWANGAN PELAJAR

Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian

 
Pembayaran yuran pengajian bagi semua pelajar UPSI boleh dibuat seperti berikut:
 
  1. Pembayaran di kaunter Bank Islam dengan menggunakan Slip Pembayaran Bil (tanpa logo UPSI). Isikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan amaun yuran
  2. Automatic Teller Machine Bank Islam (ATM). Sila klik di sini.
  3. Perbankan Elektronik Bank Islam. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.bankislam.com.my.
  4. Kad kredit/kad debit. Perkhidmatan pembayaran yuran menggunakan kad kredit/debit hanya terdapat di kaunter Unit Kewangan Pelajar dan Kolej. Pelajar akan dicaj sebanyak 2% bagi penggunaan kad kredit dan 1% bagi penggunaan kad debit.
 
Penyata Kewangan Pelajar Online
 
Bermula pada sesi 2008/2009 pihak Jabatan Bendahari tidak lagi mengeluarkan Penyata Kewangan Pelajar. Pelajar boleh menyemak maklumat yuran pengajian dan tunggakan yuran di penyata kewangan pelajar secara online di MyUPSI portal. Sila klik untuk keterangan lanjut.
 
 
 
Kadar Baru Yuran Konvokesyen
 
Mesyuarat Lembaga Pengarah UPSI (LPU) Kali ke-104, Bil. 2/2016 telah meluluskan kenaikan yuran konvokesyen daripada RM100.00 kepada seperti jadual di bawah berkuatkuasa mulai Istiadat Konvokesyen Kali Ke-18 tahun 2016. Sila klik untuk keterangan lanjut.
 
 
Nombor Akaun Bank Islam Pelajar
Semua pelajar UPSI wajib mempunyai akaun Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan dan melancarkan proses pembayaran kepada semua pelajar. Anda semua diminta mengemaskini nombor akaun di MyUPSI Portal dan menyerahkan satu salinan nombor akaun di kaunter Unit Kewangan Pelajar dan Kolej. Sila klik untuk maklumat lanjut.
 
 
Bantuan Kewangan
Terdapat pelbagai tabung dan bantuan untuk membantu pelajar UPSI yang menghadapi kesulitan serta pelajar-pelajar yang datang daripada golongan susah. Pelajar boleh memohon bantuan kewangan daripada tabung –tabung yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) dan juga bantuan zakat daripada Pusat Islam.
 
Pelajar boleh memohon bantuan dari tabung-tabung yang diuruskan oleh JHEPA seperti:-
  • Tabung Kebajikan Pelajar
  • Tabung Kebajikan Anak Negeri Sembilan
  • Tabung Sahabat   UPSI
Untuk maklumat lanjut layari laman web JHEPA
Pusat Islam pula menyediakan bantuan zakat kepada pelajar yang layak. Permohonan bantuan zakat tersebut boleh dibuat secara online diportal pelajar. Untuk mengetahui maklumat lanjut layari laman web Pusat Islam.
 
 
Dasar Baru Penahanan Pelajar Yang Berhutang Daripada Mendaftar Semester Secara Online
Adalah dimaklumkan pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah meluluskan dasar penahanan pelajar yang berhutang daripada mendaftar semester secara online pada Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Bil. 24/2009. Pelaksanaan bagi menghalang pelajar daripada pendaftaran semester ini akan berkuatkuasa mulai semester Julai 2010/2011. < Maklumat Lanjut >
 
 
 
Elaun Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Merujuk kepada surat daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pembayaran elaun program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah sama kepada semua pelatih. <Maklumat Lanjut>.
 
Jumlah paparan: 2383

Kemaskini terakhir 06/12/2016 © Hakcipta Universiti Pendidikan Sultan Idris

Paparan Terbaik Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan skrin resolusi 1024 x 768  

Jabatan Bendahari, Bangunaan Canselori ,Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan 

Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776 

(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506961/6661)

Kemaskini terakhir 01/12/2016 © Hakcipta 2016 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768 

Jabatan Bendahari,Bangunan Canselori, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan 

Tel : 05-450 6000 | Faks : 05-458 2776 
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506961/6661)