Dari Meja Bendahari

Kategori induk: ROOT Kategori: Pengenalan Diterbitkan: Jumaat, 06 Mei 2016 Ditulis oleh Super User

 

DARI MEJA BENDAHARI

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas kejayaan Jabatan Bendahari membangunkan laman web Jabatan ini. Laman web ini merupakan salah satu medium komunikasi di antara Jabatan Bendahari dan para pelanggan.

Tujuan laman web ini diwujudkan adalah sebagai medium rujukan pelanggan mengenai perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Bendahari UPSI. Ini adalah sejajar dengan visi Jabatan untuk menjadi peneraju pengurusan kewangan Universiti yang bitara serta memberi perkhidmatan kewangan dan perakaunan terunggul dalam merealisasikan visi dan misi Universiti.

Jabatan Bendahari menyediakan perkhidmatan kewangan untuk pelanggan yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dan pembekal. Kami beriltizam untuk menjadi sebuah jabatan yang bitara dan cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan Universiti secara berterusan dan berkualiti untuk memenuhi kepuasan pelanggan.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi terkini, kakitangan Jabatan Bendahari turut mempunyai kompetensi yang tinggi dalam melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan ICT. Sebagai bukti, laman web ini dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman kakitangan Jabatan Bendahari dan telah beberapa kali menjadi Johan Pertandingan Laman Web UPSI iaitu pada tahun 2002, 2003 dan 2007.

Jabatan Bendahari turut memperkenalkan banyak inovasi dengan melaksanakan pengurusan kewangan secara online melalui Sistem Kewangan MyFIS meliputi keseluruhan proses kewangan. Hasilnya, Jabatan Bendahari telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Yang terbaharu Jabatan Bendahari telah berjaya memenangi Anugerah Inovasi Sektor Awam 2014 Bagi Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan. Ini merupakan pengiktirafan yang paling bermakna diterima oleh Jabatan Bendahari.

Jabatan Bendahari akan terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan memperkenalkan lebih banyak inovasi untuk memudahkan urusan mereka. Pihak kami amat mengharapkan maklumbalas berguna daripada para pelanggan berhubung perkhidmatan yang diberikan. Tuan/puan boleh memberi maklumbalas berkenaan mutu perkhidmatan kami secara online pada ruangan Aduan/Cadangan di laman web ini. Input yang diberikan akan diambil kira untuk menambahbaik perkhidmatan kami.

Akhir kata, Jabatan Bendahari akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Saya berharap warga Jabatan Bendahari dapat memberikan komitmen yang berterusan bagi memastikan Jabatan Bendahari akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam meningkatkan tahap kualiti pengurusan kewangan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.


Sekian.

“BERINTEGRITI AMALAN KITA”

Hajah Khadijah binti Hamdan

Bendahari UPSI

Jumlah paparan: 733

Kemaskini terakhir 06/12/2016 © Hakcipta Universiti Pendidikan Sultan Idris

Paparan Terbaik Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan skrin resolusi 1024 x 768  

Jabatan Bendahari, Bangunaan Canselori ,Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan 

Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776 

(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506961/6661)

Kemaskini terakhir 01/12/2016 © Hakcipta 2016 Universiti Pendidikan Sultan Idris

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768 

Jabatan Bendahari,Bangunan Canselori, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan 

Tel : 05-450 6000 | Faks : 05-458 2776 
(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506961/6661)