OBJEKTIF KUALITI

 

PENGURUSAN BAJET

Mengurus dengan efisyen segala urusan permohonan dan pengagihan bajet mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu menghantar format permohonan bajet (ABM dan ABP) kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebelum/pada 31 Mac setiap tahun dan mengagihkan bajet yang telah diluluskan Kerajaan oleh Jawatankuasa Bajet UPSI kepada setiap PTj sebelum/pada 31 Disember setiap tahun.

 

PEROLEHAN

Memastikan pengurusan proses perolehan diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan serta mematuhi tempoh yang ditetapkan seperti berikut:-

  1. Proses tender diselesaikan dalam tempoh 90 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima sehingga pengeluaran surat setuju terima.
  2. Proses sebutharga rasmi diselesaikan dalam tempoh 80 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima sehingga pengeluaran surat setuju terima.
  3. Proses sebutharga kecil diselesaikan dalam tempoh 20 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima sehingga pesanan belian dikeluarkan.
  4. Proses penyediaan Pesanan Belian diselesaikan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.

 

PEMBAYARAN

  • 98% daripada permohonan tuntutan bayaran staf/pembekal diselesaikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran yang lengkap diterima.
  • 100% daripada permohonan bayaran pendahuluan diri/ pinjaman diselesaikan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran yang lengkap diterima.

 

KEPUASAN PELANGGAN

85% pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Bendahari berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

 

LATIHAN

100% kakitangan Jabatan Bendahari perlu memenuhi 12 jam kredit mata CPD kompetensi khusus.

Jumlah paparan: 725

Kemaskini terakhir 06/12/2016 © Hakcipta Universiti Pendidikan Sultan Idris

Paparan Terbaik Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan skrin resolusi 1024 x 768  

Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori ,Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan 

Tel : 05-4506000 | Faks : 05-4582776 

(Unit Kemasukan) Tel: 05-4506929/6930/6932 | Emel : ccd@upsi.edu.my | Webmaster : azrie@ict.upsi.edu.my (05-4506961/6661)