PETIKAN
KEPUTUSAN – KEPUTUSAN JAWATANKUASA TETAP KEWANGAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Muat Turun
PRAKATA
Petikan keputusan – keputusan Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK) UPSI ini disusun bermula daripada keputusan mesyuarat yang terawal iaitu pada tahun 1998 sehinggalah keputusan – keputusan mesyuarat terkini pada tahun 2019.
Tujuan keputusan – keputusan mesyuarat ini disusun adalah untuk membolehkan ringkasan perkara – perkara yang diputuskan dalam JKTK disebarluaskan untuk pengetahuan dan panduan warga UPSI.
Petikan keputusan – keputusan JKTK UPSI tersebut meliputi perkara-perkara berikut :-
1) Kadar Yuran
2) Kadar Sewaan
3) Kadar Denda
4) Kadar Bayaran / Elaun
5) Kadar Kemudahan / Urusan Pentadbiran
Pihak Jabatan Bendahari mendapati keputusan – keputusan ini adalah amat berguna dan penting untuk dikongsi bersama oleh semua warga UPSI kerana maklumat – maklumat tersebut amat relevan untuk diketahui. Maklumat seperti kadar yuran, kadar sewaan, kadar denda, kadar bayaran / elaun dan kadar kemudahan / urusan pentadbiran dapat memberikan maklumat yang tepat kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam urusan harian masing – masing yang berkaitan dengan perkara – perkara tersebut.
Akhir kata di harap susunan petikan keputusan – keputusan JKTK UPSI ini dapat membantu sebagai rujukan pihak PTj yang berkaitan dengan kadar yuran, kadar sewaan, kadar denda, kadar bayaran / elaun dan kadar kemudahan / urusan pentadbiran.