Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu (MyFIS Neo) UPSI merupakan sistem pengurusan kewangan baharu yang berintegrasi dan menyeluruh bermula daripada proses pengurusan bajet sehingga ke pelaporan kewangan. Sistem ini dibangunkan menggunakan platform pengaturcaraan berasaskan sumber terbuka (open source) iaitu PHP. Selain itu, sistem juga menggunakan pangkalan data sumber terbuka iaitu PostgreSQL. UPSI menjadi perintis dalam penggunaan pengaturcaraan dan pangkalan data berasaskan sumber terbuka bagi pembangunan keseluruhan sistem pengurusan Universiti.
Telah mula digunakan secara rasmi pada 15 Januari 2020. Secara rasminya Jabatan Bendahari telah berjaya melaksanakan Proses Penutupan Akaun dan Penyediaan Penyata Kewangan UPSI Tahun 2020 dan 2021 menggunakan Sistem MyFIS Neo ini.
MyFIS Neo ialah sistem maklumat kewangan bersepadu yang dibangunkan sepenuhnya oleh warga UPSI menggabungkan keseluruhan proses kewangan daripada bajet hingga laporan akhir. Ia menggunakan platform sumber terbuka (PHP, PostgreSQL) dan menjadikan UPSI peneraju universiti awam pertama di Malaysia yang beralih sepenuhnya kepada teknologi open-source untuk sistem pengurusan universiti.
Dibangunkan menggunakan rangka kerja CodeIgniter berasaskan PHP v8.4, MyFIS Neo beroperasi dengan pantas, stabil dan mudah diselenggara.
Menggunakan PostgreSQL, pangkalan data sumber terbuka yang selamat dan berprestasi tinggi untuk menyimpan serta mengurus semua transaksi kewangan universiti.
Dilengkapi dengan SSL DigiCert dan PKI encryption bagi melindungi data serta memastikan semua akses dan transaksi disahkan dengan selamat.
Menjana laporan kewangan interaktif dan automatik menggunakan JasperSoft, membolehkan analisis data yang tepat dan pantas.
Pengiktirafan semula oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengukuhkan kedudukan MyFIS Neo sebagai sistem kewangan universiti yang paling stabil, selamat dan mematuhi piawaian sektor awam.
Jabatan Bendahari telah berjaya membawa pulang ganjaran sebanyak RM300,000.00, trofi dan sijil. Anugerah telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam 2014 pada 9 Oktober 2014 di The Place @ One City Subang Jaya.
Tahap Cemerlang (5 Bintang) Bagi Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Tahun 2016 Oleh Jabatan Audit Negara Tahun 2016
Anugerah Pingat Emas Dalam Pertandingan
Pecipta 2015 (The International Conference &
Exposition Inventions By Institutional Of Higher
Learning
Pengiktirafan Oleh Program Kerjasama MAMPU– JPA–UNDP Sebagai Salah Satu Daripada 10 Inovasi Berimpak Tinggi Sektor Awam 2015 Yang Akan Dipaparkan Dalam Hab Inovasi Sektor Awam (HISA)
Anugerah Pingat Perak Dalam 26th International Invention & Innovation Exhibition (ITEX) 2015
Level 1, Scholar’s Suites, Sultan Azlan Shah Campus, Sultan Idris Education University, 35900 Tanjong Malim, Perak.
012-2525 843