Reduction of Statutory Contribution Rate For Employees, Employees Provident Fund (EPF)

Assalamu’alaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sepertimana yang pihak tuan/puan telah sedia maklum, kadar caruman berkanun syer pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 pada 27 Februari 2020 yang lalu.

Kadar caruman berkanun syer pekerja baharu ini akan berkuatkuasa mulai bayaran gaji pekerja bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga gaji pekerja bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021), tertakluk kepada Jadual Ketiga Akta KWSP 1991. Kadar caruman baharu ini adalah terpakai untuk pekerja berumur bawah 60 tahun yang wajib mencarum manakala kadar caruman berkanun untuk pekerja berumur 60 tahun dan ke atas adalah kekal.  

Walau bagaimanapun, pekerja diberi pilihan untuk mengekalkan caruman syer pekerja pada kadar 11 peratus dengan melengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020). Borang ini hendaklah diisi dengan lengkap dan dikemukakan kepada Unit Gaji, Cuti Belajar & Ticketing, Jabatan Bendahari selewat-lewatnya pada 10 April 2020 untuk tindakan selanjutnya.

SILA BALAS PADA EMAIL INI SEKIRANYA TUAN/PUAN BERHASRAT UNTUK MENGEKALKAN KADAR CARUMAN PADA KADAR SEDIA ADA (11%) UNTUK TUJUAN MAKLUMAN DAN REKOD DI PIHAK UNIT GAJI. 

Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Muat Turun Borang :


Download button Red