UPSI Privilege Card Terms of Reference
-
Kad ini adalah pengenalan diri untuk pemberian diskaun dan kemudahan kepada ahli UPSI PRIVILEGE CARD. Senarai diskaun dan kemudahan yang dinikmati oleh ahli adalah seperti di Lampiran A.
-
Kad ini boleh digunakan oleh ahli UPSI PRIVILEGE CARD yang terdiri daripada kakitangan UPSI, pelajar dan orang awam, isteri/suami, anak yang berumur di bawah 18 tahun (yang belum berkahwin)
-
Kad ini tidak boleh dipindah milik kepada yang tidak layak mendapat kemudahan yang disediakan.
-
Sekiranya kad ini hilang atau rosak perlu digantikan dengan kad baru dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00. Bayaran Denda/Gantian Kad Privilege mestilah dibayar secara atas talian melalui Laman Sesawang E-Payment UPSI
-
Sila tunjukan UPSI PRIVILEGE CARD ini beserta Kad Pengenalan semasa ingin mendapatkan kemudahan kad ini.
Terms and Condition For Library Membership
-
Terbuka kepada
-
- Semua warganegara Malaysia pemastautin tetap
- Bukan warganegara yang mempunyai pasport / visa yang sah oleh kerajaan Malaysia
- Tiada had umur untuk keahlian keluarga
- Keahlian individu adalah 7 tahun ke atas
- Memelihara keharmonian antara ahli dan staf perpustakaan
-
- Kehilangan / kerosakan bahan
-
- Bahan perpustakaan yang rosak atau hilang semasa dalam pinjaman akan dikenakan penggantian wang atau bahan karya asal (bukan salinan)
-
- Etika keahlian perpustakaan
Mematuhi peraturan Perpustakaan Tuanku Bainun - Pemberitahuan
-
- Ahli hendaklah menjaga nama baik perpustakaan dengan tidak mengutarakan perkara negatif di media sosial
- Perpustakaan berhak menggantung keahlian daripada menggunakan perkhidmatan dan kemudahan sekiranya ahli melanggar peraturan perpustakaan
- Perpustakaan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang milik ahli
- Kad keahlian tidak boleh dipindah milik kepada individu lain untuk menggunakan perpustakaan
-
Terms and Condition For UPSI Adventure Park Membership
- Terbuka kepada
-
- Semua warganegara Malaysia pemastautin tetap
- Bukan warganegara yang mempunyai pasport / visa yang sah oleh kerajaan Malaysia
- Tiada had umur untuk keahlian keluarga
- Keahlian individu adalah 7 tahun ke atas
-
- Etika keahlian UAP
-
- Mematuhi peraturan keselamatan UAP dan SOP Rekreasi Luar
- Memelihara keharmonian antara ahli dan staf UAP
-
- Pemberitahuan
-
- Ahli hendaklah menjaga nama baik UAP dengan tidak mengutarakan perkara negatif di media sosial
- UAP berhak menggantung keahlian daripada menggunakan perkhidmatan dan kemudahan sekiranya ahli melanggar peraturan
- UAP tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang milik ahli di lokasi
- Kad keahlian tidak boleh dipindah milik kepada individu lain untuk menggunakan UAP
- Ahli masih perlu membuat tempahan awal melalui telefon / emel
-
Terms and Condition For Using UPSI Facilities
- PERATURAN MASUK KE GIMNASIUM
• Penggunaan Gimnasium (Bilik Benanan) adalah mengikut jadual penggunaan yang ditetapkan.
• Hanya 20 orang pengguna sahaja dalam setiap sesi jadual.
• Pengguna DIWAJIBKAN membawa kad keahlian.
• Bayaran yuran masuk RM2/sesi.
• Semua pelanggan perlu mendaftar dalam buku rekod penggunaan Gimnasium (Bilik Benanan) yang disediakan.
• Berpakaian yang sesuai untuk bersenam dan tidak menjolok mata. Mestilah memakai kasut yang bersesuaian.
• Sentiasa berhati-hati menggunakan alat beban (weight training).
• Sila kemaskan semua peralatan yang anda guna supaya pelanggan lain boleh menggunakannya semula.
• Pengguna DIWAJIBKAN membawa tuala sendiri.
• Pastikan tuala dibawa ketika menjalani latihan dan sentiasa mengelap benches, mats, mesin dan peralatan latihan lain selepas menggunakannya.
• Tidak menjatuhkan atau menghempas weight plate.
• Memastikan peralatan diletakkan semula di tempat asal setelah selesai menggunakannya.
• Gunakan peralatan dan latihan yang telah diberi tunjuk ajar yang betul dan yakin untuk melaksanakannya. Jika anda tidak pasti, sila minta bantuan dan tunjuk ajar daripada pakar conditioning @ kakitangan bertugas.
• Memakai pakaian sukan yang sesuai untuk menjalani latihan di dalam Gimnasium (Bilik Benanan).
• Diwajibkan memakai kasut sukan khas untuk penggunaan di gim sahaja( tidak dibenarkan memakai “open toe shoe”,sandal atau selipar)
• Laporkan sebarang peralatan yang pecah,rosak atau tidak selamat digunakan kepada kakitangan bertugas atau pihak pengurusan.
• Pengguna adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA keatas keselamatan/ barangan peribadi sepanjang berada didalam Gimnasium (Bilik Benanan).
• Pihak Universiti TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap keselamatan, kecederaan,kemalangan atau kehilangan yang berlaku semasa berada atau menggunakan kemudahan di kompleks sukan UPSI. - PERATURAN PENGGUNAAN KOLAM RENANG UPSI.
- Penggunaan Kolam Renang adalah mengikut jadual penggunaan yang ditetapkan.
- Pengguna DIWAJIBKAN membawa kad keahlian.
- Bayaran yuran masuk RM2/sesi.
- Hanya pengguna yang menggunakan pakaian renang dan berpenutup kepala DIBENARKAN untuk menggunakan Kolam Renang
- Pengguna yang menghidap penyakit kulit berjangkit TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan Kolam Renang.
- Pengguna TIDAK DIBENARKAN merokok / vape, membawa makan didalam kawasan Kolam Renang
- Pengguna TIDAK DIBENARKAN memakai kasut / selipar di sekitar Kolam.
- Ibu Bapa / Penjaga BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ke atas Keselamatan kanak-kanak dibawah jagaan sepanjang berada di dalam kawasan Kolam Renang.
- Kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun dan MEREKA TIDAK MAHIR DILARANG sama sekali menggunakan kolam renang utama.
- TIDAK DIBENARKAN bermain / bergurau / kejar mengejar atau seumpamanya di sekitar kolam renang.
- Pengguna DIKEHENDAKI MEMATUHI arahan lifeguard / lifesaver / petugas sepanjang masa di sekitar kawasan kolam renang.
- Pengguna adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA keatas keselamatan nyawa / barangan peribadi sepanjang berada didalam kawasan kolam renang.
- Pihak Universiti TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap keselamatan, kecederaan,kemalangan atau kehilangan yang berlaku semasa berada atau menggunakan kemudahan di kompleks sukan UPSI.