SERTAI KURSUS INI HARI INI

Tender Warriors :
Seni Menang Tender di UPSI

Nak menang tender dengan lebih yakin? Kuasai strategi, teknik penilaian dan rahsia dokumen berjaya terus daripada pakar perolehan UPSI

Seni Menang Tender di UPSI

Keterangan Kursus

Kursus Tender Warriors: Seni Menang Perolehan di UPSI direka khusus untuk membantu kontraktor, syarikat, pembekal, dan perunding memahami strategi sebenar untuk memperoleh tawaran sebut harga/tender di UPSI. Peserta akan didedahkan kepada tatacara penting memasuki perolehan di UPSI, kehendak dokumentasi, kesilapan lazim yang menyebabkan kegagalan memperoleh tawaran, teknik penawaran harga yang kompetitif, pendedahan kepada kriteria-kriteria penilaian dan pemilihan syarikat serta mengetahui proses pemantauan projek di UPSI. Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta mempelajari kaedah yang tepat memperolehi tawaran sebutharga/tender di UPSI serta lain-lain ilmu perolehan daripada pakar rujuk bertauliah dalam bidang perolehan kerja di UPSI.

Objektif Kursus:

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Memahami teknik-teknik dan tatacara penting memasuki perolehan di UPSI.
  • Menyediakan dokumen perolehan sebutharga/tender dengan betul dan mengetahui kesilapan-kesilapan yang lazim dilakukan oleh syarikat.
  • Mengenalpasti teknik penawaran harga yang kompetitif serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
  • Meningkatkan peluang kelayakan mendapat tawaran perolehan sebutharga/tender di UPSI melalui pematuhan kriteria-kriteria penilaian yang ditetapkan.
  • Memupuk hubungan profesional di antara pihak kontraktor/syarikat/pembekal dan UPSI.

Tarikh Kursus:

  • 20 Januari 2026 (Selasa)
  • 8:00 pagi hingga 5:00 petang

Tempat Kursus:

Bilik Seminar, Fakulti Pembangunan Manusia
Kampus Sultan Azlan Shah,
Proton City,
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Siapa Yang Patut Hadir:

  • Individu/syarikat/kontraktor/perunding yang berminat menjadi pembekal berdaftar di UPSI.
  • Individu/syarikat/kontraktor/perunding yang ingin meningkatkan peluang memperoleh tawaran sebut harga/tender di UPSI.
  • Individu/syarikat/kontraktor/perunding semasa UPSI yang ingin meningkatkan pengetahuan mengenai perolehan sebut harga/tender di UPSI.
  • Individu/syarikat/kontraktor/perunding yang kerap gagal dalam memperoleh tawaran perolehan sebut harga/tender di UPSI.
  • Usahawan baharu yang ingin memasuki perolehan Kerajaan.
  • Pegawai perolehan/kewangan yang menguruskan perolehan/kerja di agensi

Medium Bahasa:

  • Bahasa Melayu (utama)
  • Istilah teknikal dalam English digunakan mengikut keperluan.

Metodologi Pengajaran:

  • Sesi penerangan oleh pakar rujuk bertauliah
  • Perbincangan kes sebenar (case study)
  • Sesi soal jawab interaktif
  • Mengenalpasti teknik penawaran harga yang kompetitif serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan Sebagai Peserta:

  • Wakil syarikat/kontraktor/perunding (Sdn. Bhd./Enterprise/Koperasi).
  • Individu/syarikat/kontraktor/perunding yang berminat menjadi pembekal berdaftar di UPSI.
  • Digalakkan membawa laptop/tablet untuk sesi latihan ”hands-on”

Sasaran Peserta:

Kursus ini sesuai untuk:

  • – Kontraktor kerja
  • Syarikat perkhidmatan penyelenggaraan dan pembersihan
  • Pembekal barangan & peralatan.
  • Syarikat perunding.
  • Pengurus projek/pegawai kontrak syarikat.
  • Pegawai perolehan/kewangan/menguruskan perolehan/kerja di agensi

Tenaga Pengajar:

  • Jurutera Bertauliah di UPSI.
  • Pegawai/Penolong Juruukur Bertauliah di UPSI.

Mata CCD diperoleh:

10

No. Kelulusan CCD: CIDBPK/CIMS/2025/52340

Senarai Topik Pengajaran:

01

Tatacara Penting Memasuki Perolehan UPSI

Pengenalan lengkap kepada aliran kerja, keperluan asas dan proses utama untuk menyertai perolehan UPSI.

📄 Pengisian Borang Sebutharga/Tender

📎 Dokumen Sokongan Wajib

✔️ Senarai Semak Borang SH/Tender

💼 Kriteria Penilaian Kewangan & Pemilihan Syarikat

🎯 Penilaian Berdasarkan Cut-Off

02

SST – Surat Setuju Terima

Pemahaman mengenai dokumen rasmi SST dan tanggungjawab syarikat selepas penerimaan tawaran.

03

Pengurusan Penyelenggaraan

Panduan terperinci mengenai penyelenggaraan perkhidmatan dan kaedah penilaian teknikal.

🔧 Kriteria Penilaian Teknikal & Pemilihan Syarikat

🛠️ Pengurusan Pemantauan Perkhidmatan

04

Pengurusan Projek

Penerangan praktikal tentang pengurusan projek perolehan dari peringkat awal hingga penyeliaan.

📊 Kriteria Penilaian Teknikal & Pemilihan Syarikat

🏗️ Pengurusan Pemantauan Projek

Daftar Masuk Sekarang!

Daftar sekarang untuk Kursus Tender Warriors: Seni Menang Perolehan di UPSI dan mula bina keupayaan syarikat anda menembusi pasaran perolehan universiti! Pelajari strategi sebenar penyediaan tender, rahsia penilaian teknikal, serta teknik meningkatkan peluang kemenangan secara profesional dan tersusun.

Bonus eksklusif

Pendaftaran & Pembaharuan Pembekal UPSI secara PERCUMA (Bernilai RM50) untuk memastikan syarikat anda terus layak menyertai tender dan sebutharga UPSI tanpa kos tambahan.

Tempat adalah terhad — daftar hari ini dan jadilah antara yang pertama menguasai kelebihan kompetitif ini!