BERITA & AKTIVITI

Berita & Aktiviti

JABATAN BENDAHARI

Jabatan Bendahari, UPSI Terus Memperkasa Pengurusan Kewangan Digital

PULARA 2026 MERIAHKAN SENI DAN WARISAN BUDAYA DI SERI MANJUNG

Pulara 3

PULARA 2026 MERIAHKAN SERI MANJUNG, PERKASA POTENSI PENJANAAN PENDAPATAN UPSI

Oleh : Puan Siti Syazana Binti Zainal Abidin

SERI MANJUNG, 26 Oktober 2026 – Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2026 di Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak, telah berlangsung dengan meriah, sekali gus menjadi platform dalam mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan bangsa kepada masyarakat.

Festival ini turut diserikan dengan penyertaan pelbagai Strategic Business Unit (SBU) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), antaranya Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (Arttrade), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (STAR), Unit Penjanaan Bendahari serta UPSI Holdings Sdn. Bhd. (UHSB).

Melalui penyertaan tersebut, setiap SBU berpeluang mengetengahkan produk, perkhidmatan dan kepakaran masing-masing kepada para pengunjung. Inisiatif ini bukan sahaja membuka ruang interaksi secara langsung dengan masyarakat, malah berpotensi memperluas jaringan kerjasama strategik serta meningkatkan peluang penjanaan pendapatan universiti.

Penglibatan aktif SBU dalam festival ini turut mencerminkan komitmen UPSI untuk memperkukuh ekosistem penjanaan pendapatan melalui pendekatan yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing, selaras dengan usaha universiti mempelbagaikan sumber pendapatan.

Penganjuran PULARA 2026 bukan sahaja menjadi wadah menyemarakkan apresiasi terhadap keindahan seni dan budaya, malah memainkan peranan penting dalam memartabatkan warisan bangsa agar terus dihargai oleh generasi akan datang.

Pada masa yang sama, festival ini menjadi platform strategik bagi memperkasa dan memperluas potensi SBU UPSI, sekali gus memperkukuh peranan universiti sebagai institusi pendidikan yang proaktif dalam pembangunan sosioekonomi, kebudayaan dan hubungan bersama komuniti.