Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:
KERAJAAN
Mentadbir dan menguruskan kewangan dan aset universiti dengan efisien dan melaporkan prestasi kewangan tersebut kepada pihak berkuasa seperti yang termaktub dalam Akta dan peraturan kewangan Kerajaan yang ditetapkan:-
- Format permohonan bajet (ABM dan ABP) dihantar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum/pada 31 Mac setiap tahun.
- Penyata Kewangan Tahunan dihantar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum/pada 31 Mac setiap tahun.
- Penyata Kewangan Tahunan dihantar kepada Jabatan Audit Negara sebelum/pada 30 April setiap tahun.
PELAJAR
Mentadbir dan menguruskan kewangan pelajar:
- Maklumat kewangan pelajar disediakan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh yang diminta oleh pihak penaja.
- Bayaran biasiswa/pinjaman/bantuan/zakat pelajar diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas dokumen yang lengkap diterima.
- Aduan rasmi pelajar diambil tindakan dan diberi maklumbalas dalam tempoh satu (1) hari daripada tarikh aduan diterima.
PEMBEKAL
Mentadbir dan menguruskan kewangan Pembekal:
- Pengesahan pendaftaran pembekal di dalam Sistem MyFIS didaftarkan dalam tempoh tiga (3) hari daripada dokumen yang lengkap diterima.
- Penyediaan dokumen kontrak diselesaikan dalam tempoh dua (2) bulan selepas tawaran disetuju terima.
- Permohonan tuntutan bayaran pembekal diselesaikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran yang lengkap diterima.
- Aduan rasmi pembekal diambil tindakan dan diberi maklumbalas dalam tempoh satu (1) hari daripada tarikh aduan diterima.
STAF DAN PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ)
Mentadbir dan menguruskan kewangan Staf/PTj:-
- Bajet yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Bajet UPSI diagih kepada PTj sebelum/pada 31 Disember setiap tahun.
- Pesanan Belian disediakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
- Sebut harga ‘B’ diselesaikan dalam tempoh 20 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima sehingga pesanan belian dikeluarkan.
- Sebut harga Rasmi diselesaikan dalam tempoh 80 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima sehingga pengeluaran surat setuju terima.
- Tender diselesaikan dalam tempoh 90 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima sehingga pengeluaran surat setuju terima.
- Bayaran gaji kakitangan tetap dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN).
- Bayaran upah sambilan dibayar selewat-lewatnya pada 10hb setiap bulan berikutnya.
- Bayaran upah pembantu penyelidik dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh dokumen yang lengkap diterima.
- Permohonan bayaran pendahuluan diri/pinjaman diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran yang lengkap diterima.
- Permohonan tuntutan bayaran kakitangan diselesaikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran yang lengkap diterima.
- Bayaran berkaitan cuti belajar kakitangan dibuat selewat-lewatnya pada 25hb pada setiap suku tahun iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.
- Borang EC dan Penyata Pendapatan Terperinci Kakitangan disediakan selewat- lewatnya 31hb Januari setiap tahun berikutnya.
- Permohonan tiket kapal terbang diselesaikan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh penerbangan.
- Bil hutang disediakan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh data/permohonan yang lengkap diterima.
- Pinjaman kenderaan/komputer universiti diselesaikan dalam tempoh 17 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima.
- Pendaftaran Akaun Amanah diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh dokumen yang lengkap diterima.
- Penutupan Akaun Amanah/Penyelidikan diselesaikan dalam tempoh lima (5) hari setelah dokumen/permohonan/arahan yang lengkap diterima.
- Pengesahan Nota Terima Bekalan (GRN) dan cetakan pelekat barcode aset/inventori diselesaikan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
- Pelupusan dan hapuskira bagi aset/inventori/stok diselesaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh kelulusan Naib Canselor.
- Aduan rasmi staf diambil tindakan dan diberi maklumbalas dalam tempoh satu (1) hari daripada tarikh aduan diterima.