SERTAI KURSUS INI HARI INI
From Zero to Millions:
DRIVING REVENUE EXCELLENCE
Pelajari rahsia kepimpinan dan strategi penjanaan pendapatan yang efektif terus daripada barisan kepimpinan tertinggi. Alami sendiri pengalaman eksklusif dan lihat fasiliti yang berjaya dibangunkan 100% menggunakan dana dalaman. Tempat adalah terhad!
From Zero to Millions
Keterangan Kursus
Seminar “Driving Revenue Excellence: From Zero to Millions” merupakan platform eksklusif yang direka khas untuk membongkar strategi dinamik dalam penjanaan pendapatan organisasi. Program ini menggabungkan perkongsian teori kepimpinan dengan bukti kejayaan praktikal, membolehkan peserta memahami bagaimana dana dalaman boleh dioptimumkan untuk pembangunan fasiliti dan kemampanan kewangan jangka panjang.
Objektif Kursus:
Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Meneroka dan memperkasa strategi baharu dalam penjanaan pendapatan yang berteraskan elemen akademik dan bukan akademik.
- Memastikan kelestarian sumber pendapatan yang pelbagai bagi organisasi atau universiti.
- Merungkai strategi kewangan dan kepimpinan yang efektif melalui perkongsian terus daripada pakar.
- Memberi pendedahan praktikal melalui lawatan eksklusif ke fasiliti yang berjaya dibangunkan.
Tarikh Kursus:
- 21 Jun 2026 (Ahad) hingga 24 Jun 2026 (Rabu)
- 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Tempat Kursus:
Dewan Muallim, Scholar’s Suites,
Kampus Sultan Azlan Shah,
Proton City,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Siapa Yang Patut Hadir:
- Pentadbir Kewangan & Bendahari yang ingin mencari model penjanaan pendapatan baharu.
- Pegawai Kanan Universiti/Organisasi yang terlibat dalam pengurusan aset dan risiko.
- Ketua Jabatan & Pengurus Projek yang bertanggungjawab dalam memacu keuntungan unit.
- Individu/Akademik yang ingin memahami integrasi strategi komersial dalam ekosistem pendidikan.
Medium Bahasa:
- Bahasa Melayu (utama)
- Istilah teknikal dalam English digunakan mengikut keperluan.
Metodologi Pengajaran:
- Sesi Perkongsian “Success Story”: Perkongsian realistik strategi yang telah membuahkan hasil jutaan ringgit.
- Sesi Interaktif Bersama Tokoh: Peluang soal jawab secara langsung dengan barisan kepimpinan tertinggi.
- Lawatan Eksklusif (Turun Padang): Melihat sendiri pelaksanaan projek yang menggunakan 100% dana dalaman.
Syarat Kelayakan Sebagai Peserta:
- Terbuka kepada kakitangan sektor awam atau swasta yang terlibat dalam pengurusan dana.
- Komited untuk menghadiri keseluruhan sesi selama 4 hari (21 – 24 Jun 2026).
- Telah membuat pembayaran yuran penyertaan (Pakej Single atau Twin Sharing).
Sasaran Peserta:
Kapasiti Terhad: Maksimum 100 penyertaan sahaja bagi menjamin kualiti interaksi dan keberkesanan sesi lawatan.
Tenaga Pengajar:
- Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff
(Naib Canselor, UPSI) - Tn. Hj. Mohamad Najib bin Hj. Mohamed
(Bendahari, UPSI) - Prof. Dr. Mohd Abdul Nasir bin Abd Latif
(Pengarah, WEZAS) - Prof. Dr. Ridzwan bin Che Rus
(Dekan, Institut Pengajian Siswazah) - Prof. Madya Dr. Asri bin Mohd Noor
(Dekan, Fakulti Pengurusan Ekonomi) - Dr. Nor Mashitah binti Mohd Radzi
(Timbalan Dekan Jaringan Industri & Pengkomersialan) - Pn. Wahidanoor bt Wahid
(Timbalan Bendahari)
Senarai Topik Pengajaran:
01
Pemerkasaan Pengurusan Wakaf, Endowmen, Zakat & Sumbangan
Strategi mengoptimumkan pengurusan Wakaf, Endowmen, Zakat, dan pelbagai bentuk sumbangan untuk kelestarian organisasi
02
Pemantapan Penjanaan Akademik
Meneroka potensi pendapatan melalui program dan aktiviti berteraskan akademik secara lebih sistematik dan inovatif.
03
Saluran Komersial & Pengantarabangsaan Program Akademik
Mengembangkan sayap program akademik ke peringkat antarabangsa dan mengenal pasti peluang komersial di pasaran global.
04
Key Factor in Successful Leadership
Kupasan mengenai ciri-ciri kepimpinan berkesan yang diperlukan untuk memacu kecemerlangan hasil dan organisasi.
05
Success Story
Perkongsian eksklusif strategi praktikal yang telah terbukti berjaya menjana pendapatan jutaan ringgit.
06
Penjanaan Kewangan : Cabaran atau Peluang?
Menganalisis landskap kewangan semasa untuk menukar cabaran ekonomi menjadi peluang penjanaan yang menguntungkan.
07
Pengurusan, Ekosistem & Kelestarian Strategic Business Unit (SBU) di Fakulti/PTj
Menganalisis landskap kewangan semasa untuk menukar cabaran ekonomi menjadi peluang penjanaan yang menguntungkan.
08
Lawatan Fasiliti Sumber Dalaman
Sesi praktikal melihat keberhasilan projek pembangunan yang dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan sumber dalaman.
Daftar Masuk Sekarang!
Daftar sekarang untuk Seminar Driving Revenue Excellence: From Zero to Millions. Pelajari strategi sebenar pemerkasaan dana, rahsia kelestarian kewangan, serta teknik meningkatkan pendapatan organisasi secara profesional dan berkesan bersama barisan kepimpinan tertinggi UPSI.
Bonus eksklusif
- Sijil penyertaan disediakan untuk semua peserta yang tamat program.
- Tempat adalah terhad kepada 100 penyertaan sahaja — daftar hari ini dan jadilah antara yang pertama menguasai strategi penjanaan pendapatan yang kompetitif ini!


