PEMBERIAN DISKAUN YURAN ASRAMA, PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI KEPADA PELAJAR TEMPATAN

PEMBERIAN DISKAUN
YURAN ASRAMA, PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI
KEPADA PELAJAR TEMPATAN
SEMESTER 2 SESI 2019 /2020 DAN SEMESTER 1 SESI 2020/ 2021
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kepada semua pelajar UPSI yang dikasihi,

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Kali Ke-132 Bil. 6/2020 pada 9 Disember 2020 telah bersetuju meluluskan pengurangan yuran yang berjumlah RM3,452,013.50 melibatkan komponen yuran seperti berikut :-

  • Yuran asrama
  • Yuran perkhidmatan
  • Yuran kemudahan ICT
  • Yuran makmal
  • Yuran kesihatan
  • Yuran sukan, dan
  • Yuran khas

Pengurangan yuran ini adalah seiring dengan arahan YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad semasa sidang Dewan Rakyat pada 15 Julai 2020.

Pengurangan yuran sebanyak 15% ini melibatkan yuran asrama, perkhidmatan dan aktiviti kepada semua pelajar tempatan yang mengikuti pengajian dalam Semester 2 Sesi 2019/2020 dan Semester 1 Sesi 2020/2021.

Pihak Jabatan Bendahari akan memproses pemulangan balik yuran bermula dari tarikh pengumuman ini sehingga 18 Disember 2020 kerana jumlah yang terlibat adalah besar dan pihak Jabatan Bendahari memerlukan sedikit masa untuk memproses bayaran balik ini. Pemulangan balik yuran akan dimasukkan terus ke akaun bank para pelajar nanti. 

Semoga pengurangan yuran ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar yang dikasihi.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Bendahari
Universiti Pendidikan Sultan Idris
10 Disember 2020