Latar Belakang
Berintegriti Amalan Kita
Sejarah penubuhan Jabatan Bendahari UPSI bermula seawal penubuhan UPSI pada bulan Julai tahun 1997. En. Yusof bin Semahil, Timbalan Bendahari Universiti Putra Malaysia, Cawangan Terengganu telah dipinjamkan ke UPSI untuk menubuhkan Jabatan Bendahari UPSI.
Menjadi peneraju pengurusan kewangan Universiti yang bitara serta memberi perkhidmatan kewangan dan perakaunan terunggul dalam merealisasikan visi dan misi Universiti.
Menyediakan sumber kewangan bagi aktiviti-aktiviti Universiti serta menentukan sumber tersebut diperolehi, dibelanja dan diperakaunkan dengan efisyen sepertimana yang diperuntukkan oleh Akta, dasar dan peraturan kewangan Universiti.
Jabatan Bendahari beriltizam untuk menjadi sebuah jabatan yang bitara dan cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan kewangan Universiti secara berterusan dan berkualiti untuk memenuhi keperluan ’Stakehoder’ dan kepuasan pelanggan.
PENGURUSAN BAJET
Mengurus dengan efisien segala urusan permohonan dan pengagihan bajet mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu menghantar format permohonan bajet (ABM dan ABP) kepada Kementerian Pengajian Tinggi sebelum/pada 31 Mac setiap tahun dan mengagihkan bajet yang telah diluluskan Kerajaan oleh Jawatankuasa Bajet UPSI kepada setiap PTj sebelum/pada 31 Disember setiap tahun.
PEROLEHAN
Memastikan pengurusan proses perolehan diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan serta mematuhi tempoh yang ditetapkan seperti berikut:-
- Proses tender diselesaikan dalam tempoh 90 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima sehingga pengeluaran surat setuju
- Proses sebutharga rasmi diselesaikan dalam tempoh 80 hari bekerja daripada permohonan lengkap diterima sehingga pengeluaran surat setuju
- Proses sebutharga kecil diselesaikan dalam tempoh 20 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima sehingga pesanan belian
- Proses penyediaan Pesanan Belian diselesaikan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap
PEMBAYARAN
- 100% daripada permohonan tuntutan bayaran staf/pembekal diselesaikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran yang lengkap
- 100% daripada permohonan bayaran pendahuluan diri/ pinjaman diselesaikan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh bil dan dokumen bayaran lengkap
- Peratusan perbelanjaan emolumen berbanding jumlah perbelanjaan mengurus seperti yang ditetapkan oleh KPI Universiti
KEPUASAN PELANGGAN
85% pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di Jabatan Bendahari berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
LATIHAN
100% kakitangan Jabatan Bendahari perlu memenuhi 12 jam kredit mata CPD kompetensi khusus.
Jabatan Bendahari akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan
terus komited memberikan perkhidmatan terbaik
Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami
Bersatu Kita Teguh
Bendahari
Tn. Hj. Mohamad Najib bin Hj. Mohamed
C.A.(M), ASEAN CPA
- +60 5450 6329
- najib@bendahari.upsi.edu.my
Timbalan Bendahari Kanan
Pn. Normadkhah bt Ardani
C.A.(M)
- +60 5450 6302
- normadkhah@bendahari.upsi.edu.my
Timbalan Bendahari
Dr. Sayed Muhammad Arif bin Sayed Yahya
C.A.(M)
- +60 5450 6301
- sayedarif@bendahari.upsi.edu.my
Timbalan Bendahari
En. Nazrul Azlan bin Musa
C.A.(M)
- +60 5450 6330
- nazrul.azlan@bendahari.upsi.edu.my
Timbalan Bendahari
Pn. Wahidanoor bt Wahid
C.A.(M)
- +60 5450 6908
- wahidanoor@bendahari.upsi.edu.my
Team Bendahari

Penolong Bendahari Kanan
En. Mohd Hamdan Bin Hj. Yasin

Penolong Bendahari Kanan
Pn. Noor Hafizah bt. Abd Gani
C.A.(M)

Penolong Bendahari Kanan
Cik Norfazita hanim bt Mohd Fazil
C.A.(M)

Penolong Bendahari Kanan
Pn. Siti Shafinaz bt. Mohd Shahid
C.A.(M)

Penolong Bendahari Kanan
Pn. Rohayu bt. Wan Ghazali
C.A.(M)

Penolong Bendahari
En Syed Muhammad Rozaimi bin Syed Roduan

Pegawai Sistem Maklumat F41
Cik Nur Atikah Amira bt Azhar

Skim Perkhidmatan Khas Universiti (SPKU41)
En Abdullah Annas bin Mohammad

Skim Perkhidmatan Khas Universiti (SPKU41)
En Muhamad Hafiz bin Mat Ya'cob
