PEMBERIAN DISKAUN YURAN

PEMBERIAN DISKAUN
YURAN ASRAMA, PERKHIDMATAN DAN AKTIVITI
KEPADA PELAJAR TEMPATAN
SEMESTER 2 SESI 2019 /2020 DAN SEMESTER 1 SESI 2020/ 2021
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kepada semua pelajar UPSI yang dikasihi,

Berdasarkan perbincangan diantara pihak Bendahari dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI pada 26 Oktober 2020, pihak universiti telah bersetuju untuk memberikan pengurangan yuran sebanyak 15% bagi yuran asrama, perkhidmatan dan aktiviti kepada semua pelajar tempatan yang mengikuti pengajian dalam Semester 2 Sesi 2019/2020 dan Semester 1 Sesi 2020/2021.

Pengurangan yuran ini adalah seiring dengan arahan YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad semasa sidang Dewan Rakyat pada 15 Julai 2020.

Pengurangan yuran yang berjumlah RM3,452,013.50 ini telah diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Kali Ke 85 Bil. 4/2020 pada 17 November 2020 dan bakal dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) pada awal Disember 2020 ini.

Ianya melibatkan komponen yuran seperti berikut :-

  • Yuran asrama
  • Yuran perkhidmatan
  • Yuran kemudahan ICT
  • Yuran makmal
  • Yuran kesihatan
  • Yuran sukan, dan
  • Yuran khas

Selepas kelulusan Mesyuarat LPU berkaitan pengurangan yuran ini, pihak Jabatan Bendahari akan memproses pemulangan balik yuran dan ianya akan dimasukkan terus ke akaun bank para pelajar nanti. 

Semoga pengurangan yuran ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar yang dikasihi.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Bendahari
Universiti Pendidikan Sultan Idris
26 November 2020