Petikan Keputusan Berkaitan Kewangan

PETIKAN
BERKAITAN KEWANGAN YANG DILULUSKAN OLEH LPU/JKTK/JKPU

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PRAKATA

Petikan yang berkaitan kewangan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Jawatankuasa Tetap Kewangan (JKTK) dan Jawatankusa Pengurusan Universiti (JKPU) UPSI ini disusun bermula daripada keputusan

mesyuarat yang terawal iaitu pada tahun 1998 sehingga keputusan – keputusan mesyuarat terkini pada tahun 2023.

Tujuan keputusan – keputusan mesyuarat ini disusun adalah untuk membolehkan ringkasan perkara – perkara yang dengan kewangan disebarluaskan untuk pengetahuan dan panduan warga UPSI.

Petikan yang berkaitan kewangan UPSI tersebut meliputi perkara-perkara berikut :-

1) Kadar Yuran

2) Kadar Sewaan & Caj Aktiviti Penjanaan

3) Kadar Denda

4) Kadar Bayaran / Elaun

5) Kadar Kemudahan / Urusan Pentadbiran

Pihak Jabatan Bendahari mendapati keputusan – keputusan ini adalah amat berguna dan penting untuk dikongsi bersama oleh semua warga UPSI kerana maklumat – maklumat tersebut amat relevan untuk diketahui. Maklumat seperti kadar yuran, kadar sewaan dan aktiviti penjanaan, kadar denda, kadar bayaran / elaun dan kadar kemudahan / urusan pentadbiran dapat memberikan maklumat yang tepat kepada Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam urusan harian masing – masing yang berkaitan dengan perkara – perkara tersebut.

Akhir kata di harap susunan petikan yang berkaitan kewangan yang diluluskan oleh pengurusan UPSI ini dapat membantu sebagai rujukan pihak PTj yang berkaitan dengan kadar yuran, kadar sewaan & caj aktiviti penjanaan, kadar denda, kadar bayaran / elaun dan kadar kemudahan / urusan pentadbiran.